ASSALAMMUALAIKUN DAN SALAM SEJAHTERA..
Terima Kasih kerana berkunjung ke Blog ini, Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk berkongsi pengalaman diantara pemancing-pemancing yang ada di sabah sekaligus dapat bertukar-tukar pendapat dan kepakaran dalam hobi ini..
Selain itu juga, para kaki-kaki pancing boleh menghantar gambar-gambar serta maklumat ringkas tentang ;
1. Lokasi memancing;
2. Jenis Ikan
3. Berat Ikan
4. Jenis/Jenama Joran/Reel
5. 1-3 Gambar( gambar ini akan dimasukkan kedalam blog)
6. Tarikh/masa
.: Rakan-rakan pancing boleh menghantar email ke : joran_sabah@yahoo.com untuk sama-sama kita melihat aksi geng-geng pancing.
Sekian dan terima kasih.
Awg Lam

Suku kaum Bajau sama Kota belud
Kuda berhias Kaum Bajau Sama Kota Belud merupakan Acara wajib Pesta Tamu Besar Kota Belud...Pada Hujung Minggu ini kalau tiada apa2 plan dijemput berkunjung ke Pesta Tamu Besar Kota belud yang akan diadakan pada 24-25 Okt 2009, Oleh kerana saya ni anak jati Kota Belud juga sudah tentu saya menjemput Geng2 ngail seluruh malaysia dan juga di Brunei untuk berkunjung ke pesta tersebut, banyak benda dan budaya yang hanya ada di Kota belud sahaja yang membuatkan kita terpegun bila sampai ke Daerah Koboi asia ini..
Sumber gambar Lifeinborneo.com
dan http://tamubesar.sabahtourism.com/2008/
Lokasi : Muara Sungai Kuala Mengkabong, Karambunai....
Pak Amin (Bapa krist) dengan ikan sebelah
Krist dengan ikan sebelah nya
Pak Amin (Bapa krist) dengan ikan Pari
Saudara Charles dengan Pari Tuka nya
Krist dengan Ikan Kirung2nya
Pakcik Amin (Bapa Krist) dengan Ikan baracudanya Kenangan Lama Pakcik Amin(bapa Krist) semasa Trip laut dalam suatu masa dulu..Macho juga Pak amin ni dengan ikan merah.
Diharapkan pak Amin akan membawa geng2 joran sabah ke lubok ikan besar2 ni nanti...Snopsis;
Trip kali ni sebenarnya di atur oleh aku(krist), & aku(krist) mengetuai trip kali ni...trip bermula awal pg 7.30-12.30 mereka yang terlibat dlm trip ni ialah charles, realsnail, bonny, razman (pakcik aku), amin(bapaku) niat aku mengatur trip kali ni adalah untuk menduga sang ebek tapi ternyata hampa belaka. Walaupun target tiada muncul, tapi kami sempat juga menaikkan beberapa jenis ikan. 3 gambar orang yang sama memegang hasil tangkpan pari,ikan sebelah & baracuda ni adalah bapaku, juga pengemar memancing laut dalam, oleh kerana keadaan cuaca sekarang membuatkan dia jarang dpt turun ke laut dlm. hari ni kira dia lar yag paling byk hasil tangkapan, ada sesetengah tak sempat ku ambil gambar. Saudara charles kita dgn pari tuka nya, sambil menutup mata....hehehe "nak pitam kali bro kita ni"hehehe
aku pla ngan hasil tangkapan iaitu ikan sebelah & kirung2 yang menyambar gewang ku....hehehehe walaupn target aku p lubuk ni adalah utk mencari sang ebek....
gambar mereka yg lain tak sempat ku ambi hanya ni jak yg sempat ku ambil... walaupun bro realsnail kita tak naikkan ikan hari ni kerana beliau hanyalah melayan casting, tapi beliau mahu datang lagi ke pot ni akan dtg tuk melayan bottom pla. sygnya saudara azizi & hardy xdpt join... azizi trip lain bsama kwn dr kl, hardy pla blik kg. akan dtg insyallah kita ramai2 plan trip lain pla......bsma2 geng pancing lain....hehehe .
2 gambar ni aku bg time trip laut dlm bapaku lama dlu...... "kitaorang mmg sama gila pncing tp beza aku di tepi, beliau pla pmnat laut dlm"
Gambar dan Penulis Report : Saudara Krist
(Terima Kasih saudara krist kerana sudi menulis dan menghantar gambar2 ini)
Hasil Trip Pulau Gaya kelihatan, ikan putih, Kerapu, ikan Jenahak, merah dan lain2 lagi, Goreng pun sodappp..Pada 17.10.2009 iaitu pada hari sabtu Otai Azizi telah mengatur satu trip ke Sekitar Pulau gaya bersama rakan-rakan pancing yang lain, pada masa itu saya (awg Lam) tidak dapat join sebab pergi ke kudat (simpang mengayau) bersama keluarga tapi 2 batang pancing( Ryobi zester 3000 dan Ryobi Fakoma 3000) tetap berada di Bonet kereta dengan niat ingin mencabar Simpang Mengayau tetapi tak payah ceritalah keadaan tak mengizinkan. Tahniah bro Azizi sebab mendapat hasil yang lumayan semasa trip Pulau gaya ini...
CASTING DI DEPAN MINI PUTRAJAYA KOTA KINABALU BERSAMA RAJA CASTER BORNEO ( 12.10.2009)
Pertemuan pertama dengan Otai Caster Borneo
RealSnail (Nickname dalam KakiPancing.net) mencatat sejarah di Sungai depan Mini Putrajaya apabila 2 ekor Ikan Siakap Merah masing2 seberat 0.9 kilo dan 0.8 kilo telah berjaya di tumpaskan oleh 2 orang otai dengan mengunakan teknik casting, Tangkapan pertama dilakukan oleh RealSnail menggunakan repala Xrap dan tangkapan kedua telah ditumpaskan oleh otai azizi (Nickname gogoyeaha dalam KakiPancing.net) dengan mengunakan Rapala Husky Jerk, Pertarungan dua otai bermula pada pukul 4.30pm-6.30pm

Kelihatan Otai Azizi(gogoyeaha) begitu bersemangat dengan memakai pakai office, saya dan krist pada hari kedua hanya mampu melihat kerana pada masa tersebut kami hanya sempat singgah sebentar kerana lokasi ini hanya berada di depan tempat saya berkerja...tahniah bro ...teknik bottom jangan dilupakan..hadir sama pada hari esoknya iaitu Otai Hardy (Owner Blog Tuyan Crew)
Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir dan Batin Kepada semua Geng-geng ngail seluruhnya dan Semoga kedatangan Syawal tahun ini dapat memeriahkan kehidupan kita semua..Amin..
Krist bersama 2 orang rakannya menunujukkan kerapu yang menganas pada malam tersebut.
Boleh tolong angkat abang!!!
Senyuman yang penuh bermakna apabila banyak ikan kerapu ditumbangkan oleh geng krist
Sinopsis;
Kisahnya bermula apabila Krist(Otai) bersama-sama 3 orang geng pancing yang lain telah menduga kawasan teluk sepangar berdekatan dengan Navy, trip ini diatur pada waktu malam kerana waktu siang kering juga tekak otai-otai ni disebabkan kawasan ini sangat panas. Boleh dikatakan rata-rata ikan yang menyambar pada malam itu semuanya kerapu yang agak besar2 juga ni boleh diagak2 berapa berat ikan kerapu ni. Tahniah bro krist dan the gang semoga suksis selalu dan sentiasa dapat ikan besar2 lagi..hehehe..
Gambar : Oleh Saudara Krist
Lokasi Sekitar Pulau Gaya : Ijal menunjukkan Ikan ebek yang telah dipancingnya berdekatan pulau gaya pada 31st Ogos 2009 (Hari Merdeka Malaysia yang ke-52)
Lokasi Sulaman Lake Kg. Serusup, Tuaran : Herman (Geng Krist) telah menaikkan ikan Umpak (besar jugalah ni) pada malam 29hb Ogos 2009
Sinopsis ;
Pada cuti hujung minggu yang lalu semasa cuti umum menyambut Hari kebangsaan Malaysia yang ke 52, trip pada mulanya diatur oleh Otai hardy (Tuyan Crew) ke Lokasi kegemarannya sg. Bolong tuaran dan pada saat-saat akhir terpaksa dibatalkan kerana hujan yang sangat lebat malam sabtu itu, Otai hardy mengatur trip malam selepas sembahyang terawih pada hari tersebut. Oleh kerana trip malam sg. bolong dibatalkan oleh Otai Hardy , krist dan beberapa geng yang lain bertukar tempat ke sulaman lake serusup dan disitu saudara herman(geng krist) telah menaikkan ikan umpak yang bersaiz besar(tidak dinyatakan saiznya oleh c krist) rasanya ada juga ni 2 kilo lebih.
Pada 31.08.2009 sekali lagi geng krist c ijal sekali lagi menaikkan seekor ikan ebek dekat depan pulau gaya boleh dikatakan besar juga ebek yang ditangkap oleh ijal ni rasanya dalam 2 kilo ada ni..semoga saudara krist dan geng-geng yang lain sukses selalu dan selalu dapat ikan besar2..
Gambar dihantar oleh saudara krist (Otai juga ni )
Ikan Arowana Hijau yang telah dibela selama 2 mingguhanya panjang 17cm telah menemui ajalnya walaupun sedih tapi terpaksa ditelan jua..
Green Arowana/Ikan Kelisa Hijau ini kelihatan sihat dan gemuk sedikit apa tidaknya makanan rutinnya Cengkerik yang diberi makan 2 ekor cengkerik setiap 2 kali sehari. Sinopsis ;
Pada 08.08.2008 pada hari sabtu yang lalu saya telah membeli seekor ikan kelisa hijau sebesar 17cm panjang di kedai Ikan dan Akuarium iaitu Popular Akuarium dekat kawasan Inanam hanya 3 KM dari Apartment kami, dengan harga ikan tersebut RM265.00 tapi boleh less lagi sampai RM200.00 mungkin Owner kedai ikan itu boring tengok muka aku yang selalu berkunjung ke kedainya. Sebenarnya tujuan utama untuk membeli ikan arowana ini sebab anak kesayangan ku danial sangat suka tengok ikan beli satu mau dua lagi terpaksa beli seekor ikan Arowana Silver agak besar juga hampir 30cm dengan harga Rm110.00 kat kedai sebelah Likas.
Kejadiaan kematian mengejut ikan ini kerana mungkin kerana salah aku juga sebab saya bercuti pada hari jumaat 21.08.2009 semata-mata mau menukarkan air dan sticker/background kepada warna biru sebab ada ternampak di kedai Akuarium lawa pula, jadi pun belilah background kat kedai Sabah sticker kawasan Kelombong. pada pukul 3 petang saya tarikh yang sama saya memindahkan 2 ekor arowana saya iaitu green dan silver ke bekas polistren dekat dengan Balkoni apartmant saya 1st floor tanpa menutup bekas polistren tu, dalam beberapa minit semasa masang sticker dan cuci akuarim tiba2 saya teringat Ikan Arowana ini sangat Aktif dan selalu menyambar Mangsa dengan melompat dengan tinggi, sekali saya melihat bekas tersebut ternyata seekor Arowana ikan hilang dibekasnya dan saya amat terkejut kelihatan Green Arowana terjatuh dari tingkat satu apartment saya amat sedih sekali ikan tersebut hanya mampu bertahan selama 30minit kalau dikatakan ada hospital/ICU untuk ikan dah tentunya sudah saya akan kesana.. :(
akhir sekali pesanan dari teman, "Jangan biarkan ikan anda dalam keadaan bekas tidak tertutup", Renung-renungkan apa akan terjadi pada ikan anda..terima kasih.
Hasil yang diperolehi oleh Otai Azizi dan Johanwatak utama: aku(Otai Azizi) dgn opismate (Johan)
lokasi: sungai depan mini putrajaya
tarikh: 1 august
masa: 5.30am > 11.00am
pasang surut: air masuk perlahan sehingga
9am, kemudian mula surut
ikan yg diperolehi: anak jenahak junior, tanda & GT junior.
umpan: udang idup
teknik: bottom
Johan dengan Ikan Jenahaknya
Senjata yang dipertarungkan semasa pertempuran dilubok ini.
Sinopsis:
Plan nak turun ke laut terpaksa dibatalkan sebab cuaca yg tidak mengizinkan. Namun...perjuanagn tetap diteruskan. Seawal 5.00am aku dah meronda sekitar tg. lipat hingga ke yayasan sabah untuk mencari lokasi yg sesuai. Dalam kepala otak nak mancing di jambatan Masjid Bandaraya. Sampai situ, tengok dah ada kaki pancing lain kat situ. Sempat intai keadaan pantai, kelihatan ombak mengganas dan air berkabut. So terpaksa mencari port lain. Terfikir...bagus mancing di sungai yg tidak terjejas dgn ombak/alun laut yg kuat. Jadi aku terfikir sungai sepanjang Yay. Sabah>UMS. Ronda-ronda...kemudian aku decide mencuba nasib di kawasan depan Mini Putrajaya.
Seorang diri aku mula memancing sehinggalah rakan komplot ke laut iaitu Johan sampai dalam jam 6.00. Keadaan air pasang tinggi dan berpotensi. Namun seperti biasa, memancing sekitar KK aksi menunggu lebih byk dari aksi menarik ikan. Dalam jam 8.00am...baru lah sekor tanda sudi naik ke darat. Itu pun dinaikkan di anak sungai sekangkang kera menganjur ke sebelah dalam UMS/Mini Putrajaya. Ok lah dari xde langsung. Selang 15minit lepas tu Shimano Basterra aku direntap...tp xdelah kuat sgt...dan seekor anak Jenahak terpacul. Kemudian joran Johan pula direntap kuat...dan seekor lagi anak Jenahak yg lebih kasar dinaikkan. Ok lah...terhibur juga. Kemudian...terus sepi kembali. Mungkin sekawan ikan sedang lalu dan kemudian menghilang. Last minit, barulah lagi sekor ikan jenahak dinaikkan. Jam 11.00 kami pulang.
Tidak puashati, petang Ahad (4.00pm>6.30pm) aku repeat seorang diri berbekalkan umpan udang sembulan yg mantap. Kali ni air jauh surut berbanding pagi. Bot memukat pun berkeliaran, aiseyyy...potong stim betul. Takpelah...cuba je nasib. Namun, sesi petang tu kumpau. Seekor pun tidak dapat dinaikkan.
Overall, port ni berpotensi.
Gambar dan Penulis Report : Otai Azizi
TRIP LUBOK ZUL, KOTA BELUD
Seawal pukul 9.30am kami menjejak kaki kelubok zul, saya(awg lam), Hardy(Tuyan FC), Otai Azizi, Lick, Pak Saip dan Pemilik Lubok Zul, sebenarnya kami telah plan ke Lubok-lubok kota belud ini 2 minggu awal dan persediaan sudah diatur dengan baik tetapi rezeki kami pada hari itu tiada dan kebetulan pembekal umpan udang hidup telah kehabisan udang hidup membuatkan kami mencari internatif lain dengan membeli umpan udang yang bernyawa dihujung tanduk di Tamu besar Kota Belud, Otai Azizi dan Hardy bertolak dari KK seawal 7.00am dengan harapan pembekal umpan udang hidup dapat membekal udang untuk trip kali ini tapi hampa disebabkan kehabisan stok udang walaupun seekor udang hidup 0.20 sen/ekor tetapi boleh dikatakan kemana-mana trip kami tetap akan beli disitu selain di Pekan sembulan. Selepas 4 jam menanti tiada juga tarikan kasar terhadap rod kami, mungkin memang ikan tidak mahu makan umpan atau ikan berpindah rumah kami mengambil keputusan untuk berpindah ke Lubok "T" Junction (nama pangilan Otai Azizi) bertempat kurang 3 KM dari lubok zul. .
LUBOK "T" JUNCTION(KG. TAMAU).

Otai Azizi dan Hardy(Tuyan FC) kelihatan senyum walau perlu merentasi kawasan payah nipah untuk ke lokasi Lubok "T" Junction, lubok ini merupakan tempat persinggahan spesis ikan Selunsong dan Red Snapper dan rekod disini 6-7 kilo..

Beginilah kawasan persekitaran Lubok "T" Junction bermaksud tiga simpang sungai yang mana ada air masin dan air payau..

Otai azizi sedang memerhatikan kailnya manalah tahu ada tarikan ganas. Otai ni memang aku sangat respect sebab walau apa sekali keadaan dia tetap senyum..Walaupun di Office seorang yang tegas dan berdisplin kerana beliau seeorang Audit LHDN namun di lokasi pancing beliau tidak dapat mengaudit ikan-ikan selunsong atau siakap merah..hehehe jangan marah Otai.

Hasil pertama tangkapan seekor ikan kirung-kirung entah berapa kilobyte sahaja tu..sebelum tu Otai Azizi juga dapat kirung-kirung lebih besar lagi dari ini.

Kelihatan Pak Saip tidur disambil diperhatikan oleh lick(adikku seorang Usahawan Lintah & Belut) dan Zul walaupun panas terik pada masa itu..

Ini sahaja rezeki yang diberikan pada kami sepanjang trip ini, walaupun ikan mega-mega tiada muncul namun bagi kami keadaan Alam sekitar yang terdapat di kedua-dua lokasi lubok ini mampu mengurangkan stress kepada kami semua disamping dengan tugas-tugas seharian dikalangan kami seperti Hardy seorang pensyarah banyak berdepan dengan karena pelajar yang pelbagai ragam, Otai Azizi seorang Pegawai Audit Hasil juga banyak berdepan dengan masalah melibatkan kewangan dan saya sendiri seorang Peg. IT banyak juga berdepan dengan Masalah-masalah komputer & Sistem yang pelbagai rupa yang memeningkan so, secara kesimpulannya kami tak dapat ikan tapi kami dapat ketenangan fikiran dengan lubok yang masih fresh yang tidak perlu dicemarkan dan perlu dijaga dengan baik untuk menjadi khazanah anak cucu kita. pada jam 4.30pm kami berangkat balik ke tempat masing2..Tunggu trip akan datang.

Ikan Siakap Merah yang berjaya ditewaskan anggaran berat antara 400-500gram
Ikan Sambilan laut(Tebana) juga berjaya ditumpaskan oleh Ryobi Zester 3000.
Red Snapper (Siakap Merah) antara ikan yang berjaya ditangkap dalam trip kali ini..
Lewat jam 9.30PM kami telah sampai ke lokasi untuk trip memburu Selunsong dan Siakap Merah bersama geng komplot yang terdiri daripada orang kuat Siakap Otai azizi, hardy(Tuyan FC) dan saya sendiri Awg Lam. Kami telah membeli Umpan Udang hidup dan memang sesuai untuk sajian ikan yang rakus itu. Mendengar cerita dari kaki-kaki pancing yang selalu memancing disitu ikan Selunsong dan Siakap merah selalu dinaikkan seberat 2-4 kilo tetapi kebenaran cerita-cerita itu akan terbukti jika kami bertiga berjaya menaikkan spesis ikan ini. setelah hampir 2 jam pertama menunggu kemunculan spesis ikan ini. tarikan pertama yang dinaik oleh pancing saya(awg lam) iaitu ikan Sembilang hanya seberat 200gram sahaja. Jam menunjukkan pukul 4.00Am Pancing Ryobi Zester 3000 telah diragut dengan rakusnya oleh spesis Red Snapper (Siakap Merah) memecahkan kesunyian diwaktu subuh yang sunyi itu, dan setelah bermain dengan ikan itu hampir 10 minit dan berjaya didaratkan. Siakap merah ini hanya seberat kurang 1Kg sahaja tetapi kewujudan spesis ini mendiami memang ada sekaligus terbukti ikan ini ada seperti yang diceritakan oleh kaki-kaki pancing..
Hardy(Tuyan FC) melihat Senjata pemusnah diusik oleh anak-anak ikan pengacau umpan..Walaupun trip kali ini tidak berjaya menaikkan Ikan selunsong tetapi tarikan-tarikan kasar beberapa kali mengejutkan geng komplot kami dan sememangnya kami akan kembali lagi tanpa berputus asa memburu spesis ikan ini, setelah jam menunjukkan pukul 7.30Am dan matahari telah muncul dan takut nanti anak dirumah bangun awal so, kami memutuskan pencarian ikan selunsong ditunda di hari dan masa yang lain..dan tunggu kemunculan Trip akan datang.
21 JULAI 20091. Ribut diramalkan akan berlaku pada sebelah malam:
- Kelajuan angin 20 knot
- Ombak 2.5 meter
22 JULAI 20091. Satu gerhana matahari dijangkakan akan berlaku pada jam 4.17 am
2. Satu fenomena air pasang luar biasa dijangka akan berlaku. Air pasang pada paras 1.92 m
adalah dijangkankan berbanding 1.86m pada 21 Julai 2009.
3. Ribut petir dijangkakan berlaku pada sebelah petang:
- Kelajuan Angin 20-30 Knot
- Ombak 1-1.5 Meter
4. Menurut laporan tidak wujud kaitan diantara fenomena gerhana dengan bumi ataupun
tsunami.
23 JULAI 20091. Ribut petir dijangka akan berlaku pada sebelah petang;
- Kelajuan angin 20-30 Knot
- Ombak 1-1.5 Meter
** Sumber - Unit Meteorologi, Jabatan Kaji Cuaca Negeri Sabah.Dan seluruh Geng-geng pancing terutama di sabah dinasihatkan berjaga-jaga dan jangan turun ke Laut bahaya bagi Bot-bot kecil..
Hardy bersama Ikan kerapu disaat-saat akhir Pada malam hari sabtu saya(awg lam) dan Hardy(Owner Tuyan Blog) telah plan ke Jambatan Sg. Bolong pada mulanya untuk mencuba nasib tetapi keadaan sungai tidak mengizinkan kerana air surut, kami bertolak ke lokasi sg. bolong tuaran dalam pukul 9.30pm selepas lebih 2 jam tiada kelibat ikan kami terus ke Tg. Badak, tuaran berdekatan dengan Rasa Ria Resort, pada asalnya kami bertiga iaitu saya, hardy dan Otai Azizi turun beraksi tetapi otai azizi tidak dapat join kerana sangat penat baru turun dari naik gunung jadi otai direhatkan untuk mendapatkan tenaga semula. memang diramalkan pada malam itu kurang memuaskan kerana geng trip malam sebelum ini tidak ada hasil apa2, tetapi geng trip waktu siang dapat menaikkan 4 kilo lebih ikan selunsong..walaubagaimanapun disaat-saat akhir kami dapat menaikkan seeokar ikan kerapu seberat lebih kurang 400gram pada pukul 5.45 pagi dan akhirnya kami balik kerumah masing-masing. secara kesimpulannya lokasi tg. badak sangat sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga..

Seawal 6.30 pagi saya (awg Lam) dan Otai azizi telah mengenalpasti lubok baru dikawasan kg. Darau menggatal, sebenarnya Sungai kg. Darau ni baru saja diperbesarkan dan untuk tujuan mengurangkan risiko banjir dikawasan sekitarnya. pangkal sungai Yayasan sabah. setelah hampir setengah jam menunggu akhirnya pancing saya ditarik dengan rakusnya disangkakan ikan Siakap merah rupanya ikan badukang(pangilan penduduk local). Rasanya spesis ikan ini sangat banyak dikawasan ini walaupun banyak kelihatan kelibat anak-anak ikan kembura, talapiah dan ikan julung2, mengikut firasat Otai azizi memang tempatnya ini sangat berpotensi mungkin rezeki kami hari ini tidak begitu baik walaupun undang hidup dijadikan umpan yang dibeli oleh otai azizi tengah malam semalam. Walaubagaimanapun kami akan bercadang kembali pada masa akan datang..

Sebahagian Ikan yang kami tangkap sepanjang lebih 4 jam kami beraksi walaupun 3 hingga 4 kali ikan yang tidak diketahui spesisnya meragut dengan rakusnya pancing kami mungkin belum sampai rezeki kami lagi untuk hari ini..

Memang kawasan Sg. Darau ini sangat sesuai untuk aktiviti memancing mungkin tempat ini masih baru dan disebelah ulu sungai ini sangat giat aktiviti pembangunan..

Saat -saat akhir Otai azizi mengharapkan jorannya akan melenkung dengan kuatnya tetapi hampa, tetapi harapan mesti ada mungkin tempat ini akan dijadikan temapt melepas gian kerana lokasinya kurang 2 km dari tempat tinggal kami berdua..tunggu kemunculan trip kedua nanti...

JP Joran 2009 telah berlangsung pada 21 Jun 2009 di Jeselton Point, Terminal Ferry kota kinabalu, organizer JP kali ini adalah Suria Bumiria Sdn. Bhd. Hadiah sebanyak RM5000 untuk dimenangi oleh peserta-peserta pengail. Peserta hanya diberikan masa sehingga 6 jam bermula jam 8AM-3PM..

Otai azizi menjadi Wakil Tunggal dari Geng joran-sabah dan beliau merupa orang yang paling berpengalaman dan banyak JP yang telah beliau sertai..pada 2 jam pertama beliau berada ditempat yang kedua dan berjaya menaikkan Ikan Kerapu seberat 300Gram dan tempat pertama merupakan Ikan Putih(GT) seberat 1.8Kilogram yang ditumpaskan oleh Seorang Otai lama dan berpengalaman dari Daerah Papar yang berada beberapa Meter dari tempai Otai azizi..Pada kali ini Saya(Awg Lam) tidak dapat menyertai JP ini kerana ada aktiviti yang lain tetapi saya datang juga ke Lokasi memancing sekejap untuk memberi sokongan kepada Aziz dan pada masa tersebut Otai Ikan Putih Hardy(
Tuyan Fishing C) turut memberi sokongan semangat kepada Azizi..

Selama 4 jam berlalu, sebahagian hasil kelihatan didalam kotak Ais ini Ikan putih, alu-alu, kerapu dan macam-macam lagi yang berjaya dinaikkan oleh peserta JP kali ini..

Kelihatan peserta-peserta sangup berpanas bersama keluarga masing-masing semata-mata untuk memenangi hadiah lumayan..

Akhir sekali keputusan telah dibuat dan pemenangnya iaitu Ikan Putih seberat 1.8kg , yang dapat hadiah 1 hingga 8 peserta sahaja dan Otai azizi hanya dapat nombor ke 9, walaubagaimanapun Otai azizi menyertai JP ini bukan semata-mata untuk mengejar hadiah tetapi minat dan sokongan terhadap aktiviti memancing ini..dan akhir sekali kami daripa Geng Joran Sabah dan Labuan mengucapkan TAHNIAH kepada Otai Azizi kerana berjaya mendapat TOP 10 dari beratus-ratus peserta yang menyertai pertandingan ini..Tahniah sekali lagi..