ASSALAMMUALAIKUN DAN SALAM SEJAHTERA..


JORAN TEAM [SABAH & LABUAN]


Terima Kasih kerana berkunjung ke Blog ini, Tujuan blog ini dibangunkan adalah untuk berkongsi pengalaman diantara pemancing-pemancing yang ada di sabah sekaligus dapat bertukar-tukar pendapat dan kepakaran dalam hobi ini..

Selain itu juga, para kaki-kaki pancing boleh menghantar gambar-gambar serta maklumat ringkas tentang ;

1. Lokasi memancing;
2. Jenis Ikan
3. Berat Ikan
4. Jenis/Jenama Joran/Reel
5. 1-3 Gambar( gambar ini akan dimasukkan kedalam blog)
6. Tarikh/masa


.: Rakan-rakan pancing boleh menghantar email ke : joran_sabah@yahoo.com untuk sama-sama kita melihat aksi geng-geng pancing.

Sekian dan terima kasih.

Awg Lam

Friday, July 3, 2009

LUBOK BARU SUNGAI KG. DARAU ( 04.07.2009) @ LUBOK OTAI AZIZI

Seawal 6.30 pagi saya (awg Lam) dan Otai azizi telah mengenalpasti lubok baru dikawasan kg. Darau menggatal, sebenarnya Sungai kg. Darau ni baru saja diperbesarkan dan untuk tujuan mengurangkan risiko banjir dikawasan sekitarnya. pangkal sungai Yayasan sabah. setelah hampir setengah jam menunggu akhirnya pancing saya ditarik dengan rakusnya disangkakan ikan Siakap merah rupanya ikan badukang(pangilan penduduk local). Rasanya spesis ikan ini sangat banyak dikawasan ini walaupun banyak kelihatan kelibat anak-anak ikan kembura, talapiah dan ikan julung2, mengikut firasat Otai azizi memang tempatnya ini sangat berpotensi mungkin rezeki kami hari ini tidak begitu baik walaupun undang hidup dijadikan umpan yang dibeli oleh otai azizi tengah malam semalam. Walaubagaimanapun kami akan bercadang kembali pada masa akan datang..

Sebahagian Ikan yang kami tangkap sepanjang lebih 4 jam kami beraksi walaupun 3 hingga 4 kali ikan yang tidak diketahui spesisnya meragut dengan rakusnya pancing kami mungkin belum sampai rezeki kami lagi untuk hari ini..


Memang kawasan Sg. Darau ini sangat sesuai untuk aktiviti memancing mungkin tempat ini masih baru dan disebelah ulu sungai ini sangat giat aktiviti pembangunan..
Saat -saat akhir Otai azizi mengharapkan jorannya akan melenkung dengan kuatnya tetapi hampa, tetapi harapan mesti ada mungkin tempat ini akan dijadikan temapt melepas gian kerana lokasinya kurang 2 km dari tempat tinggal kami berdua..tunggu kemunculan trip kedua nanti...

5 comments:

Anonymous said...

Menghitung hari untuk beraksi semasa air mula masuk/pasang.

Awg Lam said...

hehehe, otai azizi esuk apil balik ka??

Cikgu Ibrahim said...

Boleh ka saya joint, sesekali je saya balik sabah mancing di semporna pasal kerja di Universiti Malaya.

Awg Lam said...

boleh tiada masalah cikgu..

Azizi Nazli said...

Awang...petang kelmarin gian mancing aku pergi port ni sorang2. Hampa...sekor pun xdpt naik.

Post a Comment